Followers

Penang Mari ;-) [Part 1]

Posted by . Ikhwan Mahadzir .



Salam buat semua pembaca yang comel dan jelita.

Ikwan bru je balik dari Penang. Ikwan memang suka sangat + enjoy giler di sana, maklum la... hometown ikwan kan kat sana.. Ada pula org tnya ikwan, buat apa pegi sana... soalan yg pandai utk ditanya. Sengal :P
Ikwan nak cerita sepanjang ikwan disana yeah!! 8-)

** Ikwan akan menggunakan perkataan 'aku' agar korang mudah faham sebab apa yang ikwan tulis adalah dari hati yang tulus dan ikhlas.


31 May 2011 
Pada pagi selasa tersebut aku bangun awal dan siap packing beg dan terus ke bilik air, aku ada kenduri di Kulim pada hari ini .. jadi, aku takut terlambat tapi malangnya mama dan papa aku ada mesyuarat pagi tu jadi aku kena tunggu sampai pkul 10am then mama pickup aku di depan rumah dan bawa ke KTM (Keretapi Malaysia Berhad) tetapi malangnya terlepas ;'(

Tak ada dah tiket ke Kulim jadi mama aku sambung kerja dan aku kena tunggu di office mama aku sampai pkul 12 tghari. Apabila tepat pkul 12tghari , mama hantar aku pergi ke station bas di Gopeng. Dah selesai beli tiket bas pkul 2ptg , aku dah bersedia untuk bertolak tapi sebelum tu... aku salam kedua2 tangan dan cium kedua2 pipi mama aku. Mama dengan usaha gigih hantar aku sehingga di Medan Gopeng sebab aku nak sangat balik tengok pakcik aku kahwin tambah pula aku dah jarang balik kampung aku di Kulim. 


Semasa aku dalam bas, aku berasa sangat risau apa yang akan terjadi kat aku nanti dan dalam 2 atau 3 minit aku berfikir, terus terlelap sebab terlalu letih & penat lelah bagai. Macam mna tak penat sebab mengemas beg dan fikir macam2 sehinggakan tak boleh tido. And, Bas akan berhenti di Station Bus Butterworth then kena jalan sendiri dan cari bas untuk balik sendiri. Aku sampai di Station Bas Butterworth pada pkul 4.30ptg Sedihnya, maksu aku suruh balik naik bas sendiri dan ini kali pertama aku berdikari cari bas sendiri untuk balik Kulim. Pada masa yang sama, mama tipon aku dan kata "maksu mai ambik dak?" dan aku menjawab "tak..adik balik naik bas ni sebab adik dah beli tiket bas balik Kulim pkul 5.20ptg"... terus mama letak. Biarlah maksu aku taknak datang ambil aku, aku kenangbudi dia sebab dia buat macam ni. Bila susah baru nak cari mama aku, now sendiri punya hal lah ^,^ ... 

Sekarang pula aku dalam bas balik ke Kulim dan dalam masa yang sama juga aku bergayut dengan si-shaff & safwan (depa berdua ni kawan karib aku.. haha). Makcik aku kol aku selepas aku bergayut dengan depa berdua ni. Makcik aku tunggu aku di station bas di Kulim (berdekatan dengan perpustakaan awam). Dari kecik sampai besaq aku sayang makcik aku dan makcik aku ada sorang anak je , itupun perempuan dan sama umur dengan aku. Haha, cerdik orangnya ;-)
(fb : zarf abd halim)

Dah sampai di station bas Kulim, makcik aku bawa aku ke tempat kenduri pakcik aku di kampung dusun (depan stadium klang lama) , tapi yang sedihnya sebab semuanya dah berakhir dan aku terlambat sebab dah pkul 6ptg. Aku tak dapat nak bergambar (photoshoot), sambut, cuci mata, cari mangsa, kenakan mangsa.. HAHA~ semua itu dah terlambat!! :(


Dah selesai makan nasi kenduri semua dah, aku balik dengan maksu aku ke kampung padang tembak (rmah tokwan aku). Dah siap semua okay di rumah, aku teringat seorang kawan aku yang berada di Penang bernama "Ruzaini" dan malam ni jugak dia datang jumpa aku. Bila dah jumpa apa siap, dia ajak aku ikot sekali ke Penang so esok leh photoshoot di sekitar Penang. Aku tunggu apa lagi, siap planning2 semua dengan Ruzaini untuk minta izin maksu aku. Maksu aku naik hangin (berletiaq). Aku ambik kain baju sikit dan masukkan dalam beg dan keluaq ikut pintu belakang dapur dan berhati-hati supaya maksu aku tak bangun dri tidoq. Akhirnya berjaya keluaq daripada rumah tu dan ikut dia p Penang. Esok pulak, maksu aku beletiaq satu kampung boleh dengar sebab dia kata aku tak kunci pintu belakang padahal aku dah tekan lock pastu aku keluar dan tutuplah. Maksu bagi tahu kat mama aku tapi mama memang tahu pun sebelum maksu aku perasan pasal pintu. Mama aku tak kata apa lah, maksu aku terus terdiam. hahahaha ^^,


Sambung Part 2 ...

3 comments:

zieranadz.blogspot.com said...

hak3 ... wan kene beleter , pandai gak wan lari no ... hehe :) tpi sedih lar kene naya cam tu ngan moksu sendiri ...

. Ikhwan Mahadzir . said...

biarlah kat maksu tu.. hehe

i'm shin... i'm inesen said...

nnt bawak shin ronda penang ek

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...